Bila kita tengok belalang, kita nampak comel sahaja. Terbang ke sana. Terbang ke sini. Hinggap ke sana, hinggap ke sini.
Waktu kecil-kecil selalu tangkap belalang. Hanya untuk suka-suka. Hiburan anak kecil di waktu muda.
Kesan Serangan Belalang Kepada Sawit
Belalang ni sifatnya suka makan daun. Terutama daun dari pucuk. Kerana daun ini lembut dan mudah dikunyah.
Bila ini terjadi pada pokok sawit, pucuk tidak berfungsi untuk
membesarkan pokok sawit. Proses serap tenaga cahaya dari daun juga tidak
berlaku dengan baik.
Ini boleh menyebabkan pokok muda terbantut. Iaitu tidak membesar
dengan baik. Untuk pokok matang pula, hasil boleh jatuh dengan banyak.
Sekiranya serangan belalang ini berlaku dengan teruk, pokok sawit boleh mati.
Cara Menghadapi Serangan Belalang
Belalang ni membiak dari dalam tanah. Bila membesar ianya makan daun.
Untuk elak belalang makan daun sawit, kita boleh sediakan alternatif
makanan. Iaitu dengan menanam kekacang penutup bumi. Dari sini belalang
akan makan daun dari pokok kekacang ini tanpa pergi ke pokok sawit.
Antara kaedah lain adalah menggunakan racun serangga.
Apabila kita selesaikan isu belalang, sawit muda akan membesar dengan baik. Sawit dewasa pula akan terus berikan hasil.
No comments:
Post a Comment