Saturday, 10 February 2018

SERANGAN ULAT BUNGKUS MAKIN MENJADI-JADI ‼️‼️
Sedikit Info Tentang Ulat Bungkus
.
.
➡️ Serangga perosak yang sering menyerang industri sawit di
Malaysia adalah 'metisaplana' atau lebih dikenali sebagai
ulat bungkus

➡️ Tempoh kitaran hidup adalah selama 3 bulan
➡️ Larva peringkat awal akan memakan bahagian atas dan
bawah daun
➡️ Larva peringkat matang akan memberikan kesan jelas pada
daun sawit apabila terdapat banyak lubang2 kecil terbentuk
dan daun sawit menjadi keperangan
============
CARA PENCEGAHAN
============
Tanam tanaman berfaedah seperti 'cassia cobanensis',
'tunera sp','antigonan leptotus' dan 'tunera ulmifolia'
Tanaman berfaedah yang mempunyai bau dan warna yang
menarik mampu menarik perhatian serangga perosak untuk
berpindah dari pokok sawit ke tanaman berfaedah yang lain

Monday, 5 February 2018

" HARGA MINYAK SAWIT JATUH TAK SEMESTINYA POKET KERING " 💲💲💲
Walaupun harga minyak sawit jatuh, tapi kita mesti tingkatkan hasil pengeluaran sawit untuk menstabilkan hasil pengeluaran sawit yang banyak. 😎💪
Di samping itu, tidak boleh dinafikan lagi dengan ekonomi negara sekarang yg tak stabil juga tetapi bukanlah menjadi penghalang buat kita mengusahakan hasil sawit yang banyak.
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2018/01/378865/harga-minyak-sawit-antara-rm2500-rm2700-satu-tan

Sunday, 21 January 2018

MENGENALI TANDAN BUAH SAWIT YANG SEDIA DITUAI.

Sering kali kita mendengar rungutan Peladang Sawit apabila Buah Sawit mereka Direject/Ditolak oleh Grader disebabkan menjual Tandan Sawit yang belum masak.
APAKAH CARA MENGETAHUI TANDAN BUAH SAWIT YANG SEDIA DITUAI?

Antara cara bagi mengetahui tandan sawit yang boleh dituai adalah seperti berikut :
1. Tandan Masak mempunyai sekurang2nya 10 Soket segar buah yang relai.
2. Tandan Masak berwarna Oren kemerah-merahan & buah lapisan luarnya berwarna oren.
3. Lebih 50% Buah Sawit masih melekat pada tandan semasa pemeriksaan.
4. Tandan Sawit @ Relai Sawit mestilah dihantar ke kilang dalam masa tempoh 24 Jam selepas dituai dari Ladang.


Buah Sawit yang tidak masak akan diklarifikasikan sebagai Tandan Tidak Bermutu & Penalti mungkin akan dikenakan keatas Peladang itu sendiri.

Mesti ada yang pernah mengalami pengalaman seperti diatas, malahan ada Peladang yang menuai Tandan Sawit yang belum masak dan memeram Tandan Sawit selama Satu @ Dua hari dan seterusnya dihantar ke Kilang untuk dijual.

Sunday, 14 January 2018

Apa khabar pekebun sawit semua? Diharap ceria ceria selalu :-)

Saturday, 13 January 2018

4 PENYAKIT SERIUS YANG TIDAK DIKETAHUI PEKEBUN SAWIT ‼️‼️‼️
.
.
1) Penyakit Jembala
Simpton
➡️ Terdapat pelepah dan daun menjadi patah di bahagian tengah yang mengakibatkan berbau busuk
.
2) Penyakit Reput Pucuk
Simpton
➡️ Bahagian pangkal pucuk muda menjadi perang
.
3) Reput Batang Bahagian Atas
Simpton
➡️ Terdapat tompok kuning pada daun
.
4) Penyakit Reput Pangkal Batang
Simpton
➡️ Ibu kulat tumbuh dan berubah menjadi perang berkilat. Bersifat parasit dan akan berjangkit pada pokok lain. Harus dicegah awal

Tuesday, 2 January 2018

KESAN SERANGAN BELALANG PADA SAWIT

Bila kita tengok belalang, kita nampak comel sahaja. Terbang ke sana. Terbang ke sini. Hinggap ke sana, hinggap ke sini.
Waktu kecil-kecil selalu tangkap belalang. Hanya untuk suka-suka. Hiburan anak kecil di waktu muda.

Kesan Serangan Belalang Kepada Sawit

Belalang ni sifatnya suka makan daun. Terutama daun dari pucuk. Kerana daun ini lembut dan mudah dikunyah.
Bila ini terjadi pada pokok sawit, pucuk tidak berfungsi untuk membesarkan pokok sawit. Proses serap tenaga cahaya dari daun juga tidak berlaku dengan baik.

Ini boleh menyebabkan pokok muda terbantut. Iaitu tidak membesar dengan baik. Untuk pokok matang pula, hasil boleh jatuh dengan banyak.
Sekiranya serangan belalang ini berlaku dengan teruk, pokok sawit boleh mati.

Cara Menghadapi Serangan Belalang

Belalang ni membiak dari dalam tanah. Bila membesar ianya makan daun.
Untuk elak belalang makan daun sawit, kita boleh sediakan alternatif makanan. Iaitu dengan menanam kekacang penutup bumi. Dari sini belalang akan makan daun dari pokok kekacang ini tanpa pergi ke pokok sawit. Antara kaedah lain adalah menggunakan racun serangga.
Apabila kita selesaikan isu belalang, sawit muda akan membesar dengan baik. Sawit dewasa pula akan terus berikan hasil.